LATARBELAKANG IMPIAN

EPWK66

LATARBELAKANG IMPIAN

EPWK66

6 PENUNGGANG

16 NEGARA

66 BANDAR

66 HARI

PENGENALAN EPWK66

Buat pertama kalinya dalam sejarah media Malaysia, Global Bike Explorer Sdn. Bhd. (GBESB) bekerjasama dengan Malaysia Sports Media Association (MASMA) bagi menganjurkan secara eksklusif ekspedisi permotoran yang melibatkan 6 buah motosikal berkuasa tinggi dari London ke Kuala Lumpur.

Ekspedisi yang diberi nama Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 – London – Kuala Lumpur 2023 (EPWK66-2023) akan bermula dari London pada pertengahan Jun 2023 dan berakhir di Kuala Lumpur pada pagi 31 Ogos 2023.

6 orang penunggang yang merupakan pengamal media dan rakan media sukan tanahair akan menunggang motosikal sejauh 22,500km, selama lebih 66 hari, merentasi 66 buah bandar, meliputi benua Asia dan Eropah.

Setibanya di Kuala Lumpur pada pagi 31 Ogos 2023, peserta EPWK66-2023 akan terus menyertai perarakan Hari Kemerdekaan yang ke 66 bagi menyampaikan watikah kemerdekaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia untuk diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, sebagai simbolik Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 66.

MISI EPWK66

Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 – London – Kuala Lumpur 2023 membawa misi “Memupuk Semangat Perpaduan untuk Memelihara Kedaulatan Negara” seterusnya memberi gambaran kepada dunia akan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk yang hebat, negara bangsa progresif.

Kempen EPWK66-2023 ini juga akan memperkenalkan destinasi pelancongan di Malaysia sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2025 dan semangat serta konsep MALAYSIA MADANI yang bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban serta usaha mengemudi dan mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

2023 © Global Bike Explorer Sdn Bhd · EPWK66 · All Rights Reserved